Sabtu, 17 Januari 2009

Format Kertas SPM Pendidikan Islam ( 1223/1 & 1223/2)

Kertas 1 berbentuk ujian objektif dan ujian subjektif yang mengandungi soalan-soalan daripada bahagian ulum Syariah. Bahagian ini merangkumi bidang Akidah, Ibadat, Sirah dan Tamadun serta Adab dan Akhlak Islamiah. Kertas 1 terdiri daripada dua bahgaian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada item aneka pilihan dan mengisi tempat kosong. Ujian objektif aneka pilih mengandungi dua puluh soalan. Bahagian B pula mengandungi empat soalan subjektif yang memerlukan calon memberi respons terhad atau struktur. Dalam Bahagian B ini calon wajib menjawab tiga soalan daripada empat soalan. Calon wajib menjawab soalan satu dan dua, dan membuat pilihan satu soalan sama ada soalan tiga atau empat.

Kertas 2 terdiri daripada bahagian tilawah, hadis, tajwid dan kemahiran jawi. Jenis item kertas ini ialah ujian subjektif yang memerlukan respons terhad dan struktur. Kertas2 mengandungi lima soalan dan semua soalan wajib dijawab. Soalan ayat kefahaman dikemukakan dalam bentuk soalan esei yang memerlukan sama ada respons terhad atau terbuka yang ada kaitan dengan ayat. Terdapat juga soalan berkaitan perkataan yang digaris daripada ayat yang diberi, yang memerlukan calon mengetahui erti perkataan atau memahami maksud ayat. Calon juga mesti menghafal semua enam surah ayat hafazan daripada tingkatan empat dan tingkatan lima. Soalan ayat hafazan dikemukakan dalam bentuk melengkapkan tempat kosong, membariskan dan menyusun semula ayat. Terdapat calon yang gagal mendapat markah kerana tidak mengahafaz ayat, tidak mahir dalammenulis perkataan Arab, menulis ayat lain, tertinggal huruf, menambah huruf mad dan menulis dalam ejaan jawi. Bagi soalan hadis, calon perlu mengingati terjemahan hadis, fakta-fakta penting yang terkandung dalam hadis dan pengajaran hadis. Soalan kemhairan tajwid pula selalunya dikemukakan dalam dua bentuk iaitu menjelaskan huku tajwid dan menyatakan hukum serta cara bacaan. Terdapat calon yang tidak faham cara bacaan hukum mad yang merujuk kepada jumlah harkat, sebaliknya memberikan jawapan dengung atau tanpa dengung. Pada tahun 2007 soalan hanya berkaitan hukum tajwid tanpa menyatakan hukum bacaan seperti tahun-tahun lepas. Buat bagi soalan kemahiran jawi, terdapat dua soalan iaitu menulis semula petikan ayat yang diberi dalam tulisan jawi atau sebaliknya. Soalan kedua pula menulis semula perkataan yang diberi dalam petikan rumi ke tulisan jawi atau sebaliknya.

Pembelajaran Bermula Tahun 2009... Selamat Belajar Kembali